Pages

Monday, February 13, 2012

Valentines Day


ahkak-ahkak dan ahbang-ahbang yang eksited sangat nak bervalentine esok

segera lupakan niat anda itu kerana 

valentine pada  hari esok adalah di batalkan.

kalau tak batal pun, baik korang batalkan jugak niat korang tu sebelum aku pelangkung kepala korang 

secara berjemaah.


FACTS:

seperti yang kita sedia maklum,

hari valentine sebenarnya simbolik kepada ritual yang sering diamalkan oleh golongan Kristian.

(untuk keterangan lanjut boleh  klik sini )


HUKUM SAMBUTAN VALENTINES:


Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”.
Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.


Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah :

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله  هو الهدى  ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم  مالك من الله  من ولي ولا نصير .

Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan senang kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “ Sesungguhnya petunjuk Allah itulah merupakan petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datangnya pengetahuan kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.


UNTUK RENUNGAN BERSAMA:


sekiranya nak sangat berkasih-kasihan antara satu sama lain

kahwin adalah method paling mujarab

kerana hari-hari adalah hari berkasih sayang 

hari-hari boleh tunjukkan yang kita hargai pasangan kita

tak payah lah nak tunggu 14/2 baru nak kasi mawar sekuntum, coklat sekotak

tapi hari lain HARAM habuk pon tak de.


AS A CONCLUSION:

ehem-ehem. en.boyfie tolong cepatkan tarikh nikah. boleh? heee



>______________ <