salam everyone...
hari ni saya nak share something yang agak bermanfaat yang baru je saya baca dari 1 artikel
tadi..
memaaaang cocoook sesangat lah buat pasangan2 yang bercinta jarak jauh atau jauh tak
berapa jauh ni kan..
asalkan korang just kua date sebulan sekali tu boleh dikira pasangan korang jauh lah tu...
walaupun hakikatnya dia just jiran korang sebelah rumah je tapi tak berminat langsung nak kua
dengan korang......
ok.. sila abaikan..
ISU:
kebanyakan pasangan yang melalui long-distance-relationship akan mengelak untuk berbicara
tentang masalah yang dihadapi dalam perhubungan mereka bersama pasangan ketika
bertemu, dan memendamkan segala sakit hati
semata-mata bimbang masa yang terhad itu akan hanya disia-siakan dengan perbalahan yang
akan melarat sehingga boleh melukakan emosi dan perasaan masing masing.
pilihan anda sebenarnya kurang tepat!
FAKTA:
Menurut kajian yang dibuat oleh seorang penulis buku motivasi di New York,
Dr. Barbara De Angelis,
"sekiranya anda takut untuk berdepan dengan masalah yang timbul, anda berdua tidak akan
dapat menangani masalah-masalah yang timbul bersama ataupun tidak berpeluang untuk
berkomunikasi dengan lebih mendalam dan harmoni."
“The unresolved issues and unexpressed resentments just sitthere
like emotional-time-bombs, waiting to explode!”
so,
Untuk sesebuah hubungan cinta romantis jarak jauh itu terus berkekalan,
kata Dr De Angelis lagi,
kedua-dua pasangan mesti ‘wujud’ dalam ‘kehidupan’ yang sama.
Itu sahaja jalan yang seharusnya anda lalui sekiranya anda berdua memang ditakdirkan
sepadan.
Biarpun anda dan si dia masih lagi berjauhan, tidak semestinya anda berdua tidak boleh
berkasih-sayang seperti pasangan-pasangan lain.
Ingat, untuk berada di dalam sebuah perhubungan jarak jauh,
anda perlu menjadi diri anda yang sebenarnya.
Do not edit how you feel,
tetapi biarkan diri anda berkomunikasi dengan jujur
dan atasi segala perselisihan faham yang datang dengan tenang dan positif.
dan atasi segala perselisihan faham yang datang dengan tenang dan positif.
and the last but not least,
i said :
Yang paling penting,
jangan lupa untuk mendoakan pasangan anda selepas solat kerana Allah yang menentukan
segala-galanya.
InsyaAllah.
:)