Kita harus percaya pada jaminan Allah bahawa : ”Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya” (QS Al Baqarah [2] : 286).
Allah SWT yang memiliki diri kita,
Allah SWT yang memiliki diri kita,
sangat tahu kemampuan kita, jadi tidak akan mungkin Allah memberikan ujian yang melebihi batas
kemampuan kita.
_______________________________________________________
aku tak nafikan aku jugak bukan manusia "kuat" yang imune dengan penyakit yang dipanggil "ujian-hidup"
tapi ayat di atas secara tak langsung menjadi umpama antibiotik untuk aku hadap "penyakit-penyakit"
yang datang tanpa dijangka.
Percayalah,
tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian
tiada penyakit yang tiada penawar
semua terletak pada key-word utama iaitu
"Allah"
setiap masalah jika penyelesaiannya kita berhubung dengan Allah
insyaAllah setiap ujian yang kita lalui akan terasa nikmatnya.
Yakin lah,
setiap yang berlaku dengan kehendak-Nya mengandungi hikmah tersendiri
yang sudah pastinya hikmah tersebut adalah yang terbaik untuk kita
kerana tiada yang tahu lebih baik untuk kita melainkan Dia yang Maha Besar.
_____________________________________________________
Ya Allah,
kuatkan hati hamba-Mu ini dalam menghadapi segala ujian yang silih berganti.
Amin..