Pages

Wednesday, December 26, 2012

Long-distance relationship :)


Assalamualaikum n good evening kwn2..

setelah lama x update blog.

finally ak update entry yg aku rase tajuknye sgt common dengan life yg aku jalani skrg.

bila kwn2 ada yg tnya mcm mana rase jauh dengan tunang?

sometimes aku terfikir.

sememangnya kita sebagai manusia hanya merancang dan Allah yg menentukan sgalanya..

Allah hu Akbar..


b4 diz, mmg tak penah langsung prepare mental & phisical utk jauh dari en.tunang.


senang cite, mmg tak penah ada dalam kamus hidup utk bercinta jarak jauh,* i meant sangat jauh.


&


Alhamdulillah lagi 3 hari dah masuk 2 bulan kami berjauhan dan semuanya berjalan dengan baik.


Actually daripada keadaan ini, aku banyak belajar perkara baru.


1) Bersabar.


kalau sebelum ni boleh call hari2 tapi lepas dah jauh ni boleh call dalam 2-3 hari sekali. disebabkan faktor masa yang berbeza and faktor2 kesibukan.

so, bila dah jarang-jarang call kite sebenarnye akan kurang gaduh, sebab bila kite call hari2, banyak dah modal cerita kite, so bila dah tiada modal mula lah nak cakap benda2 mengarut yang akhirnya berlaku perang dunia ketiga*khususnya bagi pompuan2 bersifat singa jadian seperti aku like bila lapar nak mengamuk, bila mengantuk nak mengamuk, bila terlebih makan pon nak mengamuk.
so, sekarang bila dah jauh baru lah nak belajar berlemah lembut seperti pompuan melayu terakhir & nak cakap benda2 sensitif pon WAJIB fikir2-3 kali nok. ^____^


2) Bersyukur


pernah sekali tu en.tunang tiada berita selama 7hari disebabkan tugasan khas dia secara mengejut.

Texts ape pon tak de. texts yg aku hantar kat dia pon failed. masa tu Gaza pon tengah bergolak. Actually, kawasan en.tunang adalah sempadan dengan Israel dan Palestine. lebih kurang 2-3 jam je. masa tu mmg Allah je yg tahu perasaan aku macam mana. Alhamdulillah, semuanya ok. tempat en.tunang pon tak terlibat.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.


3) Lebih Menghargai Orang Lain.


kalau sebelum ni aku bersikap sambil lewa dengan en.tunang like kalau dia call aku malam2, sometimes aku tertidur bila dia cakap, sedar2 dah pagi je. bila dia nak bercerita benda2 yg dia rasa menarik tapi aku rase tak, aku akan tukar topik atau buat-buat tak layan sebab aku rasa bosan tanpa sikit pon aku fikir perasaan dia masa tu. *oh aku sungguh kejam kan? Alhamdulillah sekarang aku belajar utk lebih hargai dia & aku rase dia pon sedar perubahan mendadak aku ni.hee


Last but not least,


kita tak tahu ape yang Allah dah tulis aturan hidup kita utk hari esok.


Aku sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa supaya hari esok dan seterusnya lebih baik dari hari ini.


Amen. In syaa Allah.



:)
nota kaki:
tadi tengok video wedding   
Maria Elena & As Firdaus, romantik amat!
like3 :)











Thursday, October 25, 2012

he, me and Lebanon



salam & hello people.

Alhamdulillah, finally setelah sekian lama dapat gak update blog hari ni..

konon-kononnya bz la sangat kennn *puiii.

ok, berbalik kepada fokus utama..

guru inovatif ialah.... *jangan mimpi lah aku nak wat entry ilmiah sgt kan.

ok.. seriously otak aku tak berfungsi dengan berapa baik sgt sekarang ni.

mungkin sebab mengidam makan daging lembu korban..hehehe.

ok lah berbalik dengan niat utama aku update belog hari ni ialah

 utk share something about lubnan yang b4 ni aku pon tataw kat mane.

memandangkan dalam beberapa hari lagi en.tunang akan berlepas ke sana, 

so ake memang perlu amek taw.. sobs T__T



Map of Lebanon


Lubnan (atau Lebanon dalam Bahasa Inggeris) ialah sebuah negara di Timur Tengah. Ianya disempadani oleh Syria dan Israel di timur dan Lautan Mediterranean di barat. Beirut ialah bandar terbesar dan juga ibu negara Lebanon. Penduduk Beirut yang di sekitar 1.8 juta orang terdiri dari Kristian dan Muslim. Penduduk Kristian terdiri dari berbagai mazhab. Muslim terdiri dari Sunni, Syiah dan minoriti Druze.  Beirut terletak di pinggir Lautan Mediterranean, lebih kurang 80 km ke barat Damshiq (atau Damascus dalam Bahasa Inggeris). Lubnan ialah sebuah negara yang kecil berbanding Syria dan Jordan dan memandu dari satu hujung sempadan ke hujung satu lagi mengambil masa lebih kurang 3-4 jam sahaja. Penduduk di Kawasan Bandar dan pantai sangat liberal dan moden terbukti dengan cara pemakaian wanitanya dan kereta di jalan raya. Berbeza dengan Syria, restoran makanan segera seperti Mc Donald’s, KFC dan Burger King sangat biasa di sini. credit to : here :)


dan hari selasa lepas kat BH pun ade cite sal misi lubnan gak.

sesi penerbangan pertama ke lubnan.



___________________________________________________

CONCLUSION:

1-aku akan menunggu kepelangannya tanpa jemu. insyaAllah.

2- jika memang jodoh kami untuk bersama, akhirnya tetap akan bersama.

insyaAllah, amen. *tlg doakan kami juga.

3- setahun tu bukan la lama sangat kan.... T__T

babai

next entry :


:)

Saturday, September 1, 2012

Alhamdulillah :)


selepas bertahun-tahun menunggu,

semalam dapat jugak akhirnya.hee

Alhamdulillah :)

T E R I M A  K A S I H  E N C I K  B A I K  H A T I 


camera allergy :)

walaupun bukan SIII, tapi tetap bersyukur.. heeee