Pages

Sunday, April 24, 2011

jika aku bisa merubah waktu..



korang penah rase menyesal dgn certain things yang korang tak wat..
n disebabkan benda tu still berbekas kat hati sampai sekarang?



kalo nak diikutkan mmg tak baik kalo kita selalu guna pangkal 'kalau' ni..
iman pon boleh goyah..
sepatutnya kita patot redha dengan segala qadha dan qadar Allah..


tapi aku cuma manusia biasa yang tak lari dengan kesilapan..

banyak harapan dahulu yang kini cuma tinggal harapan..


aku mula berfikir semula berkenaan hal ini apabila kawan sekelas aku baru kehilangan ayahnya baru-baru ini..
 aku faham rasa yang dia lalui..
aku juga penah rasainya..


kadang-kadang timbul rasa kesal.. 

disebabkan rasa kesal ini, pelbagai persoalan muncul..


"kenapa dulu aku call mak hari2, tapi tak sembang pon dgn arwah ayah?"
"kenapa dulu bila aku berkongsi cerita suka duka dengan mak, kenapa bukan dengan arwah ayah?"
"kenapa aku jarang luahkan betapa aku sayangkan dia semasa hidupnya, sedangkan aku perlu?"


tapi nak diputarkan semula masa..
aku tak mampu..
kesalan cuma tinggal kesalan..


tapi walau seberapa lama arwah ayahku meninggalkan kami sekeluarga...
sisa sayang dan kasihku padanya tak pernah berubah..


terima kasih atas pengorbanan membesarkananakmu ini
memenuhi keperluanku ketika hayatmu..


jasamu tak mampu ku balas..
anakmu ini hanya mampu iringi pemergianmu dgn doa-doa seumur hidupku..
semoga rohmu dirahmati-Nya..
insyaAllah..


al-fatihah..





Peringatan untuk kita bersama:
jangan sesekali kita memandang enteng dengan perasaan ibu dan ayah kita..
bahagiakan mereka selagi mereka hidup..
syurga tempat bagi anak yang soleh/solehah.